GAMBAR BLOG PSSJB

GAMBAR BLOG PSSJB

PENGUMUMAN PENTING !

KEPUTUSAN MESYUARAT PSSJB 2011 - (BARU: TARIKH 01 .04.11)

MESYUARAT JAWATANKUASA LATIHAN & UJIAN

Tarikh:            01.04.2011
Masa:             10.00 pagi.
Tempat:          Ibu Gelanggang
Kehadiran:      7 org Gurulatih & Guru Utama

Dipengerusikan oleh : Sdr. Zakaria (Panglima Garang).

AGENDA MESYUARAT

1. PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA UJIAN.
2. SILIBUS UJIAN PSSJB.
3. LAIN-LAIN HAL BERKAITAN JAWATANKUASA UJIAN.


KEPUTUSAN MESYUARAT


1. PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA UJIAN

JURUS & TARI : 1. Sdr. Mohd. Zaimey b. Tahir (Panglima Aduka)
                            2. Sdr. Mohd. Amin (Panglima Taruna)
                            3. Sdr. Hj. Roslan b.Darus (Panglima Tun Perak)

BUAH PUKULAN : 1. Tuan Azahari b. Malim (Panglima Nila Utama)
                                 2. Sdr. Zakaria b. Fadzil (Panglima Garang)
                                 3. Sdr. Abdul Jalil b. Othman (Panglima Lang Buana)

PENANGKAP : 1. Sdr. Rezuan b. Chek Mee (Panglima Besi)
                           2. Sdr. Ahmad b. Abdullah  (Panglima Berantai)
                           3. Sdr. Sobian b. Kamaruzaman (Panglima Madang Kara).

ADU GERAK : Yang Mulia Tuan Guru Chek Mee b. Chek Paa (Guru Utama)


2. SILIBUS UJIAN

DIPERINCIKAN:-

JURUS & TARI

PANEL JURI : Panglima Aduka, Panglima Taruna & Panglima Tun Perak.

TARI :
           1. Tari Sederhana Selapis
           2. Tari sederhana 2 lapis.
           3. Tari Galah Panjang.
           4. Tari Sembah Diraja.
           5. Tari Tapak 4. (kiri & kanan)
           6. Tari Senjata (tambahan diperingkat Gurulatih shj).

JURUS :
              1. Jurus Asas 11
              2. Sikuan 8.
              3. Tunbukan Langkah 3 ( 9 gerakan)
              4. 7 Gerakan Juringan.
              5. Jurus 54 (tambahan diperingkat pra gurulatih (bengkung hijau merah)

BUAH PUKULAN

PANEL JURI: Panglima Nila Utama, Panglima Garang & Panglima Lang Buana.

BUAH PUKULAN :
               1. 5 Sepakan atas (kiri & kanan)
               2. 11 Pukulan buah asas beserta pecahan (kiri & kanan).
               3. 14 Sepakan sisi (kiri & kanan).
               4. 12 Pukulan Ibu (kiri & kanan)(diperingkat bengkung hijau merah)
               5. 32 Gerakan sudut pukulan tangan. (diperingkat bengkung merah)
               6. 32 Gerakan sudut pukulan kaki. (diperingkat bengkung merah)

PENANGKAP & PELEPAS

PANEL JURI: Panglima Besi, Panglima Berantai, & Panglima Madang Kara

PENANGKAP & PELEPAS:
                1. 20 Penangkap & Pelepas - 1 jalan. (diperingkat bengkung hijau)
                2. 20 Penangkap & Pelepas - 2 jalan (diperingkat bengkung hijau merah)
                3. 20 Penangkap & Pelepas - lebih dari 2 jalan (diperingkat bengkung merah)

ADU GERAK

PANEL JURI: Yang Mulia Tuan Guru Chek Mee b. Chek Paa
                       
ADU GERAK:
Ujian Adu Gerak merupakan ujian spontan serangan dari Gurulatih-gurulatih terpilih. Ujian ini bukan ujian buah pentas yang telah disusun dan tiada belas kesian. Untuk menilai kepantasan dan ketangkasan GERAK TINDAK  seorang pesilat Jawa. Mungkin bakal berlaku kecederaan dan kecederaan yang terjadi menampakkan kelemahan pesilat tersebut. Nasihat dari panel juri bersiap sedia dan berwaspada untuk melalui ujian ini. Yang berjaya bakal dianugerahkan gelaran khas dan dilantik sebagai gurulatih dalam Seni Silat Jawa Betawi.


3. LAIN-LAIN HAL.

  1. BAYARAN
          Bengkung = RM 15.00
          Sijil = RM 5.00
  • Peringkat Bengkung HIJAU - RM 100.00 (berserta bengkung & sijil).
  • Peringkat Bengkung HIJAU MERAH - RM 20.00 ( sijil shj.)
  • Peringkat Bengkung MERAH - RM 150.00 (berserta bengkung & sijil)                           

     2.  PEMAKAIAN GELARAN KHAS

Guru utama telah bersetuju memberikan gelaran-gelaran dibawah kepada semua Gurulatih & jurulatih terpilih dengan alasan ia bersesuaian dengan perwatakan masing-masing antaranya:-
  1. Panglima Nila Utama - Tuan Azahari. (gurulatih)
  2. Panglima Madang Kara - Sdr. Sobian (gurulatih)
  3. Panglima Besi - Sdr. Rezuan. (gurulatih)
  4. Panglima Garang - Sdr. Zakaria (gurulatih)
  5. Panglima Tun Perak - Sdr. Hj. Roslan (gurulatih)
  6. Panglima Maharajalela - Sdr- Mail (gurulatih)
  7. Panglima Aduka - Sdr. Mohd. Zaimey (gurulatih)
  8. Panglima Taruna - Sdr. Mohd. Amin (gurulatih)
  9. Panglima Berantai - Sdr Ahmad (gurulatih)
  10. Panglima Lang Buana - Sdr. Abdul Jalil (gurulatih)
  11. Panglima Sura - Sdr. Hazim (Jurulatih)
( Gelaran Panglima sebagai pembakar semangat dari guru utama agar yang terpilih sajak dan langkah ibarat seorang panglima. Insyaallah dengan izinnya)    

Ucapan Guru Utama

Pakngah terharu dengan keputusan yang telah dibuat dan beliau berbangga kerana barisan AJK menampakkan kesungguhan dalam mewujudkan jawatankuasa ini. Apabila ia telah pun disahkan oleh mesyuarat maka jawatankuasa ini bakal menjadi tulang belakang kearah meningkatkan kualiti latihan dan ujian dari masa ke semasa.

Mesyuarat tamat jam 12.50 pm dan ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.                       












MESYUARAT JAWATANKUASA PSSJB KALI KE-1 BAGI TAHUN 2011

Tarikh:            10.03.2011
Masa:             10.30 malam - 1.45 pagi
Tempat:          Ibu Gelanggang PSSJB
Kehadiran:      10 org ahli jawatankuasa.

Di pengerusikan  : Redzuan (Abg Wan) - Tuan Azahari tidak sihat.

AGENDA MESYUARAT

1. PELARASAN SILIBUS PSSJB BAGI TAHUN 2011.
2. PENDAFTARAN PERSATUAN SSJB.
3. RUMAH SILAT (RUMAH PENGINAPAN) PSSJB.
4. LATIHAN BAGI TAHUN 2011.
5. KENDURI SAUDARA SOBIAN PADA 13.03.2011
6. LAIN-LAIN HAL.

KEPUTUSAN MESYUARAT


1. PELARASAN SILIBUS PSSJB BAGI TAHUN 2011
  • Draf silibus PSSJB seperti berikut:
          Peringkat Pertama
  • Pembelajaran dalam tempoh 6 bulan.
  • Tamat 12 peringkat asas ini pesilat akan dipelimaukan.
  1. Tari Selapis
  2. Tari Dua Lapis
  3. Tari Galah Panjang
  4. Tari Sembah Diraja.
  5. 11 Jurus peringkat asas.
  6. Jurus sikuan (8 teknik sikuan)
  7. Tumbukan langkah tiga (9 gerakan)
  8. 5 sepakan leher @ atas.
  9. 10 pukulan buah asas.
  10. 14 sepakan sisi.
  11. 10 tangkapan dan pelepas (1 jalan pelepas shj)
  12. Tari Tapak Empat (buah pentas)
          Peringkat kedua
  • Pembelajaran dalam tempoh 6 bulan berikutnya.
  • Sekiranya berminat untuk menjadi jurulatih & gurulatih peringkat ini harus dikuasai dengan mantap dan kemas.
  1. Jurus 54 (peringkat tinggi)
  2. 7 gerakan juringan.
  3. 12 pukulan Buah Ibu.
  4. 32 gerakan sudut pukulan tangan.
  5. 32 gerakan sudut pukulan kaki.
  6. Tari Senjata.
  7. 10 tangkapan dan pelepas peringkat tinggi ( pelepas lebih dari 1 jalan)
  • Guru utama memberikan penerangan dengan jelas dan menerangkan tujuan kenapa tempoh pembelajaran dipendekkan. Antara sebabnya:-
          i) Anak murid akan lebih berdaya saing dan bersunguh-sungguh.
          ii) Silibus yang diberi tidak akan diulang berulang kali.
          iii) Tenaga pengajar tidak mengajar dalam jangka masa yang terlalu lama untuk setiap peringkat.
          iv) Bersesuaian dengan kehendak masa dan keadaan bagi anak-anak muda zaman sekarang yang         
               menuntut agar pembelajaran tidak terlalu lama.
  • Isu ujian bengkung dibahaskan berdasarkan draf silibus dan keputusan mesyuarat ialah ujian bengkung akan dibuat dan pesilat akan dinilai tahap layak menerima bengkung mengikut warna (merah-gurulatih & hijau - jurulatih). Dengan kata lain ujian berdasarkan kemahiran dan ketangkasan masing-masing.
  • Keputusan mesyuarat juga bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Khas Ujian PSSJB.
  • Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka standard ujian yang bakal dibuat. Jawatankuasa ini juga akan diberi elaun @ bayaran semasa menjalankan tugas pengadilan di dalam setiap sesi ujian.
  • Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan silibus yang telah dirangka dan silibus ini akan menjadi panduan kepada semua tenaga pengajar PSSJB.
2. PENDAFTARAN

  • Setiausaha PSSJB telah membentangkan perkara dibawah:-
  1. Draf Perlembagaan PSSJB
  2. Borang Pendaftaran
  3. Lampiran A (lambang perguruan)
  4. Minit Mesyuarat Penaja
  5. Senarai Ahli Jawatankuasa Penaja (belum lengkap)
  6. Surat Sokongan (diajukan kepada Tuan Azahari untuk tindakan)
  7. RM50 sebagai pembayaran dalam proses pendaftaran (diajukan kepada Bendahari)
  • Semua dokumen diatas telah diserahkan kepada Tuan Azahari sebagai semakan dan tindakan susulan.
  • Proses pendaftaran ini akan diusahakan dengan kadar segera.

    3. RUMAH SILAT
    • Rumah silat atau rumah penginapan sementara.
    • Mesyuarat bersetuju di wujudkan rumah silat atas sebab memudahkan mereka yang datang dari jauh semata-mata untuk belajar Seni Silat Jawa Betawi. 
    • Ini kerana perguruan mendapat maklum balas yang baik dalam facebook yang mana ada kenalan jauh yang berminat untuk belajar Seni Silat Jawa Betawi.
    • Guru Utama bersetuju dengan cadangan ini dan Saudara Hazim telah memaklumkan di dalam mesyuarat yang mana rumah yang bakal dijadikan Rumah Silat PSSJB telah pun dipilih. Kadar sewa rumah tersebut ialah RM180.00 sebulan. Rumah tersebut terletak di Alor Setar.
    • Mesyuarat sebulat suara bersetuju dan cadangan ini dilaksanakan serta merta.

    4. LATIHAN BAGI TAHUN 2011
    • Tuan Azahari meminta agar setiap gelanggang menghantar laporan aktiviti latihan mereka kepada pihak pengurusan sebagai makluman.
    • Ini bertujuan bagi memastikan semua gelanggang berjalan seperti yang dirancang dan sekiranya ada masalah pihak ibu gelangang dan pengurusan akan menghantar bantuan apa yang perlu.
    • Tuan Azahari juga mengharapkan ada perkembangan yang baik di Pulau Pinang dan pihak gelanggang Pulau Pinang dapat memaklumkan sebarang perkembangan di sana dengan segera.

    5. KENDURI SAUDARA SOBIAN PADA 13.03.2011
    • Semua gelanggang diminta menurunkan wakil gelanggang masing-masing untuk membuat persembahan.
    • Namun begitu perkara ini telah pun dimaklumkan lebih awal dan segala persiapan berjalan lancar.
    • Dimaklumkan juga ada guru-guru dari persilatan lain juga bakal hadir dan dijemput.
    • Kumpulan gendang adalah dari Alor Setar.

    6. LAIN-LAIN HAL


         6.1 UJIAN KEPADA GURULATIH YANG BELUM DITAULIAHKAN
    •  Mesyuarat sebulat suara bersetuju mereka perlu diuji.
    • Tujuan: memastikan semua tenaga pengajar berada diatas landasan yang betul dan penting ditauliahkan.          

         6.2 JAWATANKUASA UJIAN
    • Melantik dikalangan gurulatih kanan sebagai Ahli Jawatankuasa Ujian. (3 ke 4 orang)
    • Jawatankuasa ini harus bersidang dalam kadar segera.      

          6.3 UJIAN KEPADA JURULATIH
    • Saudara Zakaria mencadangkan ujian adu gerak dibuat. Ia disokong oleh Guru Utama dan semua ahli mesyuarat.
    • Ujian ini bagi pentauliahan bengkung Hijau.

          6.4 SILAT OLAHRAGA
    • Saudara Zakaria mencadangkan agar perguruan menghantar pesilat ke sukan Silat Olahraga.
    • Tujuan agar pesilat SSJB akan memperolehi ilmu sukan Silat Olahraga dan perlu dibuat penyesuaian gerak tempur berdasarkan peraturan sukan Silat Olahraga.
    • Mesyuarat sebulat suara bersetuju.

    7. UCAPAN TUAN AZAHARI
        Beliau mengharapkan semua berkerja kuat dan bersungguh-sungguh tanpa rasa lemah dengan dugaan-      dugaan yang datang. Juga mengharapkan agar semua kerap bertanya khabar dan sentiasa perihatin dengan perkembangan rakan-rakan yang lain. Akhir sekali beliau berharap sangat agar segera berhubung dengan pihak di Pulau Pinang dan segera membuat lawatan ke sana.


    8. UCAPAN GURU UTAMA
        Pakngah Mee mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua ahli jawatankuasa dan mendoakan agar segala usaha dan perancangan yang diatur akan berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Akhir kata beliau menyimpan harapan yang tinggi sekira berjaya PSSJB memasuki sukan Silat Olahraga ia akan menjadi satu titik pembaharuan kepada PSSJB dan beliau turut memohon kemaafan kepada semua kiranya ada kesilapan yang beliau lakukan.


    PENUTUP :

             Pengerusi mesyuarat berpuas hati dengan keputusan yang telah diambil dan beliau menangguhkan mesyuarat pada tarikh yang akan diberitahu kelak dan mesyuarat ini tamat pada jam 1.45 pagi.