GAMBAR BLOG PSSJB

GAMBAR BLOG PSSJB

PENGUMUMAN PENTING !

Sunday, July 24, 2011

MAJLIS PERASMIAN SENI SILAT JAWA BETAWI KOMPLEKS PENJARA MALAYSIA





Alhamdulillah ....
Sekalung ucapan terima kasih daripada pihak pengurusan Seni Silat Jawa Betawi (PSSJB) kepada KPj  Hj. Abdul Wahab B. Kassim Pengarah Penjara Kajang dan PKP Ku Nawawi B. Ku Hamid Komandan Maktab Penjara Malaysia di atas layanan dan penerimaan pihak tuan kepada rombongan kami dari Kedah dan kesudian pihak tuan menjadi Penaung dan Kalifah Seni Silat Jawa Betawi cawangan negeri Selangor.

Untuk Pengetahuan ahli-ahli PSSJB dan rakan-rakan perguruan yang lain, di dalam majlis tersebut KPj Hj. Abdul Wahab B. Kasim Pengarah Penjara Kajang telah diberi pengiktirafan tertinggi daripada PSSJB sebagai  Penaung PSSJB cawangan negeri Selangor manakala PKP Ku Nawawi B. Ku Hamid Komandan Maktab Penjara Malaysia sebagai Kalifah PSSJB cawangan negeri Selangor.


Majlis ini diserikan dengan kehadiran Guru-guru Tua Seni Silat Petani yang menjadi sahabat dalam dunia persilatan di Kedah antaranya yang kami hormati Paklong Aziz Abdullah dari Alor Pudak, Paknjang Halim Mat Isa dari Kampung Paya Mat Inson dan Pakngah Jusoh Hasan dari Kampung Senara Bukit Cengai serta rombongan jaguhan-jaguhan dari Seni Silat Tomoi Kedah dan Kumpulan Gendang dari Selangor yang diketuai oleh gurunya yang amat kami kenali Paktih Hamid juga dari Kedah, sekalung ucapan terima kasih diucapkan. Moga persahabatan sebegini melangkaui negeri Kedah dengan terjalinnya persahabatan baru dikalangan perguruan di negeri Selangor ini. Contohnya kami berbesar hati dengan penglibatan Seni Silat Tongkat dalam majlis kami ini. Syukur pada yang maha esa.......

"Jangan Berkokok Di Siang Hari Kalau malamnya takutkan Musang
Janganlah bermusuh sesama sendiri takut bertembung adik dan abang"

Persahabatan yang terjalin inilah melahirkan adik dan abang dalam dunia persilatan kita bangsa Melayu. "Bangsa kita bangsa berdaulat"

Antara yang dapat dirakamkan :-



Tuan Azahari B. Malim
(Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Melayu Negeri Kedah)

PKP Ku Nawawi B. Ku Hamid
(Komandan Maktab Penjara Malaysia merangkap Kalifah PSSJB cawangan negeri Selangor)



Sepanjang kehadiran kami Tuan PKP Ku Nawawi B. Ku Hamid memberikan sokongan yang tinggi malah memastikan layanan yang kami terima di Maktab Penjara Malaysia adalah yang terbaik. Sekali lagi pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada tuan dan tidak ketinggalan juga pegawai-pegawai Maktab Penjara Malaysia terutama Tuan Nazarman Timbalan Komandan Maktab Penjara Malaysia serta kakitangan yang lain.  

Apa yang dilihat Tuan PKP Ku Nawawi B. Ku Hamid seorang anak Melayu yang mempunyai semangat kepahlawanan yang tinggi. Setelah diselidik dan diamati sebenarnya beliau juga merupakan seorang anak Melayu yang memiliki ilmu persilatan dengan pelbagai aliran seni. Jadi tidak hairanlah kami generasi baru ini dapat melihat terpancar semangat kepahlawanan Melayu pada diri beliau. Pendek kata walaupun memegang  jawatan tertinggi dalam organisasi Maktab Penjara Malaysia demi warisan anak-anak Melayu bangsa berdaulat beliau tetap menjunjung tinggi kesenian Melayu. Inilah contoh terbaik anak Melayu dan inilah dia Kalifah PSSJB cawangan negeri Selangor.



Penganugerahan Selendang Kalifah PSSJB Cawangan Negeri Selangor kepada PKP Ku Nawawi B. Ku Hamid
Komandan Maktab Penjara Malaysia



Ahli-ahli PSSJB Kompleks Penjara Malaysia
(Turun Cerana)












Turun Cerana yang disempurnakan oleh Sdr. Sobian B. Kamaruzaman
(Gurulatih Kanan PSSJB di Selangor)





Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mengembangkan sayap PSSJB di negeri Selangor. Semoga anak-anak melayu kita menyahut cabaran kami di sini untuk sama-sama memperjuangkan seni warisan bangsa.

"Diam bererti faham Berjuang bererti berterima kasih"