GAMBAR BLOG PSSJB

GAMBAR BLOG PSSJB

PENGUMUMAN PENTING !

Thursday, March 24, 2011

MEMBELA SENI SATU KEWAJIPAN


Wahai perajurit Seni Silat Jawa Betawi
Bangunlah...... sedarlah dari lena......
Berjuanglah bersama membela seni bangsa
Jangan dilihat megah yang lain yang kita merempat entah kemana.


Panji perjuangan telah kita kibarkan
Hanya menunggu guruh dilangit.... 
..tetapi..
Jangan pula air ditempayan dicurahkan...
Takut berputih mata berkain kapan......


Bangun wahai sahabat-sahabatku...
Jangan lena dibuai keamanan
Takut kelak tak sempat membuka mata
Senjata tajam menikam di peraduan.


Aku tahu kamu semua masih bernafas
Cuma takut berhempas 
Adakah ini dikatakan pertualang
Kalau ilmu yang diberi tidak disebarkan.


Marilah wahai saudara-saudara ku...
Ingat !.... air yang tenang jangan disangka buayanya lena
Takut dah berkocak airnya baru kita menempa senjata
Sedangkan bahaya sudah ada dianjung nak bertarung kerisnya tiada...
Aduh !... menyesal sudah apakan daya nak perang mana senjata?


Ha..ha..ha... perang disini pelbagai perang.....
Perang nafsu juga satu peperangan
Perang musuh Islam juga satu peperangan
Tetapi perang dalam seni ...... ibu kepada setiap peperangan.


Tanpa ibu dimana anaknya...?
Tanpa anak dimana cucunya...?
Tanpa cucu dimana cicitnya..?
Tanpa cicit dimana keturunannya...?
Tanpa keturunan dimana warisnya........?
Tanpa waris dimana....... seninya ?


Bangunlah !!!


Jangan sampai berkapan guru...berkapanlah ilmunya..
Jangan sampai berkubur guru...berkuburlah ilmunya...
Jangan sampai bertalkin guru bertalkinlah ilmunya..
Berbekal guru....... berputih mata anak-anak muridnya...


Diam bererti faham .....
Berjuang bererti berterima kasih.......


         
(Nukilan Panglima Aduka Seni Silat Jawa Betawi)



Tuesday, March 15, 2011

PENCARIAN ANAK2 SENI SILAT JAWA BETAWI

Diminta semua anak-anak jawa (seni silat jawa betawi) yang pernah mempelajari seni ini menghubungi perguruan melalui laman blog ini.  Sila masukkan maklumat anda untuk dihubungi.