GAMBAR BLOG PSSJB

GAMBAR BLOG PSSJB

PENGUMUMAN PENTING !

Tuesday, June 21, 2011

MAJLIS PELIMAU PSSJB



TARIKH: 18 JUN 2011 (SABTU)
MASA: 2.30 PTG - 6.45 PTG
TEMPAT : IBU GELANGGANG PSSJB.

Salam Bicara,

Majlis ini diserikan dengan kehadiran Tuan Azahari B. Malim iaitu YDP Persatuan Seni Silat Melayu Negeri Kedah dan beberapa Guru-guru daripada  permainan seni lain yang menjadi rakan karib dalam memperjuangkan seni mempertahankan diri di negeri Kedah ini. Pesilat yang terlibat untuk dipelimau ialah seramai 41 orang manakala yang berjaya dianugerahkan Bengkung Jurulatih Muda / Pembantu Jurulatih ialah 3 orang. Majlis ini juga dimeriahkan dengan alunan Gendang Silat dari Alur Gandak, Alor Setar (di pimpin oleh Paklong Azik).

Antara barang yang diperlukan semasa upacara pelimau ini :


Tujuan pelimau ini dibuat bagi menghalalkan apa yang telah diajar dan diharapkan ilmu tersebut mendapat keberkatan dalam kehidupan setiap pesilat.








dan dimandikan.......





perlu diuji permainan :





Yang terpilih dianugerahkan bengkung pembantu Jurulatih / Jurulatih Muda :





Antara yg dapat dizahirkan dimajlis pelimau tersebut :-











Tahniah kepada semua yang terlibat dan yang menjayakan majlis ini serta setinggi-tinggi terima kasih kepada VIP yang hadir semasa majlis ini dilangsungkan. Di doakan agar persahabatan antara perguruan yang lain dapat dieratkan dengan program seumpama ini ibarat kata "lidi sebatang mudah dipatahkan jika segenggam sukar dipatahkan".

 "Jangan berkokok di siang hari kalau malamnya takutkan musang
 Jangan bermusuh sesama sendiri takut bertembung adik dan abang".