GAMBAR BLOG PSSJB

GAMBAR BLOG PSSJB

PENGUMUMAN PENTING !

Sunday, September 4, 2011

PUSARA PAKSU NAN (ADNAN BIN MD ISA)

 

Beliau merupakan sayap kanan Pakngah Mee merangkap adik beliau dalam salasilah keturunan mereka. Arwah merupakan guru PSSJB yang memiliki sifat dan sikap mirip Pakngah Mee. Pernah mengajar di UUM bersama Guru Utama dan pernah bertugas sebagai kakitangan JPS di Pengkalan Bujang, Merbok Kedah.

Dalam PSSJB merupakan seorang yang cenderung mendalami dan mengkaji seni tapak dan seni badan. Meletakkan ajaran Islam dalam setiap tutur katanya malah sepanjang hidupnya. Amat disayangi penduduk setempat dan merupakan seorang pengamal perubatan tradisonal secara urutan dan aura.

Mempunyai kelebihan berhubung dgn alam ghaib dan memegang prinsip saling hormat menghormati sesama alam kerna pada prinsip beliau yang ghaib dan yang nyata punya hak dan sempadan masing2. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga semua anak2 didiknya tidak lupa jasa dan nasihat semasa hidupnya dgn sentiasa menghadiahkan doa dan al-fatihah.