GAMBAR BLOG PSSJB

GAMBAR BLOG PSSJB

PENGUMUMAN PENTING !

MAJLIS BERSAMA GURU-GURU TUA PSSJB

Pada 30 Mei 2010 satu Majlis Perjumpaan Bersama Guru-guru Tua telah diadakan di Ibu Gelanggang yang bertempat di Kuala Rimau, Pendang Kedah. Seramai hampir 200 orang ahli dan masyarakat setempat hadir pada majlis tersebut.





Kesudian guru-guru tua hadir ke majlis ini dianggap satu penghormatan dan kejayaan kepada perguruan yang kini diterajui oleh Guru Utama iaitu Chek Mee b. Chek Paa. Majlis ini bermula seawal  pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang.

Dirasmikan oleh Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Melayu Negeri Kedah iaitu Tuan Azahari b. Malim.


Majlis diserikan dengan kumpulan gendang yang didatangkan khas dari Alor Setar. Kumpulan gendang ini merupakan kumpulan gendang yang sentiasa bersama PSSJB di setiap program yang diadakan.


Antara guru-guru tua yang hadir di majlis ini :-

PAKNJANG KHOLID
(Dari Kampung Pondok Chegar,Pendang)


Pakndak Ad
(Dari Kampung Pokok Pauh, Pendang)



Paklong Razak
(Dari Kampung Sawa, Pendang)



Pakcik Awang Saud
(Dari Kampung Sawa,Pendang)


Dalam majlis ini Guru-guru tua turut membuat beberapa penerangan dan penjelasan mengenai cara permainan dan tari yang dibawa serta petua-petua dalam pergerakan berdepan musuh.
Antara yang sempat dirakamkan dalam majlis tersebut:-


 









Semoga semua anak-anak Jawa dapat menjiwai seni dan permainan sebenar dan memperkembangkannya demi anak-anak bangsa merdeka....