GAMBAR BLOG PSSJB

GAMBAR BLOG PSSJB

PENGUMUMAN PENTING !

Thursday, January 5, 2012

KENAPA PERLU BELAJAR SILAT ?

Assalamualaikum,

Ini kisahnya.........
Dengan izin Allah s.w.t hamba mendapat petunjuk ini. Semasa sedang hampir melelapkan mata...satu soalan tiba2 muncul....kenapa aku belajar Silat ? Dengan kata lain kenapa aku seorang Melayu Muslim perlu belajar silat atau lebih luas lagi kenapa aku perlu belajar seni mempertahankan diri?
Sebab aku Melayu permainan aku adalah silat. Jadi kenapa aku perlu belajar silat? Ini jawapannya....

Al-Fatihah ! itu kunci jawapannya.
 Al-Fatihah ? Ya..Al-Fatihah !
Adakah kamu solat....jawapannya ..ya...kenapa ? sudah lama kamu solat ? ya lama. kenapa solat ? sebab aku muslim dan itu tiang imanku dan menjadi pasak kepada lantai rumahku (hati). Kenapa ? semasa kamu solat apa wajib kamu baca ? Al- Fatihah. Kenapa ? Tak sah solat itu jika tidak membaca Al-Fatihah. Kamu bawa Al-Quran semasa solat utk kamu rujuk ayat Al-Fatihah itu ? Tidak. Kenapa tidak? sebab ia sudah ku ingat dan tidak perlu dirujuk lagi. Macam mana kamu boleh ingat? Kan aku dah kata tadi amalan solat ku dah lama aku buat jadi aku ingatlah. Jadi itulah juga perumpamaannya dengan kamu belajar silat. 

Bila solat, Al-Fatihah tidak perlu dirujuk lagi malah tidak tertulis pun pada seseorang itu didahinya "Aku pengamal surah Al-Fatihah". Tetapi bila dia hendak solat ia akan terus membacanya dengan lancar dan spontan saja. Samalah keadaannya dengan silat. Bila perlu ia akan keluar sendiri dan digunakan kerna ia adalah satu persalinan yang tidak bisa dilihat dengan mata kasar mahupun diambil atau dicuri dari pemiliknya. Tidak pula tertulis didahi pemiliknya "Aku ada silat". Tetapi bila perlu ia akan keluar seperti keluarnya Al-Fatihah tadi. Jadi jelaslah disini bagi seorang lelaki muslim harus belajar dan menguasai ilmu silat atau dengan lebih luas lagi ilmu seni mempertahankan diri. Tapi jika kamu melayu silatlah pilihan terbaik kerna kita melayu dan jangan banyak tanya kenapa silat. Jadi, betapa pentingnya Al-Fatihah dalam solat begitu juga pentingnya seni mempertahankan diri seperti Silat ini dikuasai. Ingat! ini persalinan kamu. Persalinan yang mempunyai zahir dan batin serta tidak boleh dilihat jika tuan yang empunya badan tidak mempertontonkannya. Terlalu ramai anak-anak muda lupa tentang silat dan tidak mustahil akan juga lupa Al-Fatihah.

(dari hamba P5 Aduka buat tatapan dan renungan sahabat semua dari pengalaman hamba ini)