GAMBAR BLOG PSSJB

GAMBAR BLOG PSSJB

PENGUMUMAN PENTING !

Sunday, April 17, 2011

Sesi Gerak Tempur Bersenjata (Menggunakan "Raja Tapak")

Kepada semua perajurit Seni Silat Jawa Betawi salam bicara..........

         Permainan yang ditunjukkan oleh Guru Utama menggunakan "Rahsia Raja Tapak" dalam Seni Silat Jawa Betawi. Setiap serangan dari gurulatih terhadap beliau yang menggunakan pelbagai sudut dan arah hanya diselesaikan dengan satu langkah sahaja (Tidak ditunjukkan dari awal posisi kerana ianya Rahsia). Raja Tapak ini merupakan tapak kepada semua seni mempertahankan diri dan kerana itulah ia dipanggil "RAJA TAPAK". Lihat tapak tari kerana itu tapak asasnya dalam mencari Raja Tapak ini.
         Rahsia tetap menjadi rahsia sekiranya anak-anak jawa tidak mengkajinya dari Guru Utama. Namun Arwah Paksu Nan merupakan guru yang mula-mula berminat mengkaji tapak ini selepas mendapat petujuk rahsia Raja Tapak ini di dalam mimpi beliau. Setelah membuat kajian rupanya Paklong Mat (Guru Tua) mengatakan bahawa Tok Jawa pernah berpesan supaya mencari dan kuasainya kerana ia ada di dalam permainan Seni Silat Jawa Betawi dan sekiranya ia dikuasai dengan izin Allah, orang tersebut sukar ditumbangkan.
         Arwah Paksu Nan mengambarkan tapak ini dengan sesuatu dan hamba tahu maksudnya dan jelas tapak ini tiada penghujungnya.  Pernah seorang guru silat dari permainan lain mengatakan kepada hamba dalam dailek kedah" apa yang ada pada orang lain hampa ada tapi apa yang ada pada hampa orang lain tak ada". Saya tanya kembali maksud paklong ini ..apa? lalu katanya lagi "kuasai tapaknya ....kerana semua permainan ada di dalamnya". Saya tanya kenapa paklong tak belajar lalu beliau berkata "paklong dah tua kalau masih kuat pasti paklong belajar tapak ini sebab nak bawa tari jawa ni pun dah penat". Jadi bermula di saat itulah saya mengkaji tapak ini. Tujuannya untuk melihat keistimewaannya. Keistimewaan ilmu Allah ini rupa-rupanya dimiliki dari tapaknya. Umpama Islam kalau solat adalah tiangnya dan asasnya adalah hati, seni mempertahankan diri pula tiangnya  ialah pembawakan silat itu (imejnya) manakala asasnya ialah tapaknya atau langkahannya kerna buahnya sama sahaja, terbentuk daripada tapaknya.
        Ada seorang perantau yang minat belajar silat sehingga mempunyai 13 orang guru dan mencari ilmu ini sampai ke Indonesia pernah datang ke ibu gelanggang semata-mata mahu belajar tapak ini kerana katanya beliau belum pernah melihat tapak serupa ini sepanjang pencariannya dalam dunia persilatan. Ternyata benar kenapa Tok Jawa (Hj. Salleh) mampu bertarung dengan musuh yang ramai dan gemar berbuat demikian kerana kalau di amati tapak ini hanya dengan satu langkah musuh bisa tumbang dan tidak perlu menukar posisi mengadap satu sama satu. Carilah rahsia ini wahai sahabat-sahabat ku anak-anak jawa....... Ini rahsianya dan inilah kelainannya. 
       Guru Utama belajar banyak seni tetapi beliau berpendapat seni ini lain dari yang lain. Kalau lain, dimana lain nya? Cari lah ia.........dan kaji tapaknya. Kamu pasti kagum dengan tapak ini...... kalau tidak masakan seorang guru  seni ini mampu menumbangkan seekor harimau dengan empat tapak dan satu tapak mewakili satu kaki harimau tersebut yang dicantas. Hamba bukan bercakap kosong, tak percaya ..kaji tapak yang diberikan oleh Guru Utama. Kaji 32 gerakan pukulan kaki dan tangan yang menggunakan 32 sudut dan lihat tapak yang digunakannya kerana setiap satunya berbeza cara masuk dalam satu langkah. Lukis kembali tapak tersebut dan anda akan melihat gambaran yang dimaksudkan oleh arwah Paksu Nan. Bagi murid baru mereka tidak mampu menjumpai tapak ini dan jatuh cinta dengannya.
        Amati gambar ini betul-betul dan lihat kaki Guru Utama dan lihat tapak beliau. Sebenarnya semua gambar ini pada posisi guru utama yang berlainan bukannya mengadap muka satu sama satu kerana ada yang membelakangkan musuh tetapi serangan balas hanya dengan satu tapak sahaja. Cari dan kajilah, sebab dalam seni silat mengkaji itu satu kelebihan. Apa yang hamba katakan bukan melibatkan ilmu kebatinan tetapi teknik menggunakan tapak. Tanpa tapak permainan buah tak akan menjadi tanpa tapak permainan menangkis juga tak menjadi tanpa tapak muslihat juga tak menjadi apatah lagi teknik mengelak tanpa pukulan. 
         Yang paling menarik apabila saya mengkaji tapak ini ialah dalam teknik tangkapan dan buah kunci tapak merupakan pembukanya. Hanya dengan satu langkah, kunci pasti terbuka. Sebab itulah dalam permainan jawa selagi boleh bergerak kunci pasti terbuka. Syukur Allah memberikan kita kelebihan pada tapak, mainan lain juga ada kelebihan masing-masing cuma yang uniknya apabila Raja Tapak dikuasai, permainan lain ada di dalamnya.

Panglima Maharajalela vs Guru Utama

Panglima Besi vs Guru Utama

Panglima Garang vs Guru Utama

Panglima Madang Kara vs Guru Utama

Panglima Aduka vs Guru Utama

Panglima Taruna vs Guru Utama

Paksu Aris vs Guru Utama

Panglima Maharajalela vs Guru Utama